single-image

Nama Kementerian Wilayah Persekutuan akan diubah

Nama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bakal ditukar bertujuan bagi menonjolkan peranannya yang kini lebih luas dan bukan hanya terhad kepada pembangunan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sahaja.

Menterinya KWP, Khalid Abdul Samad, perubahan itu juga selaras dengan rasionalisasi KWP yang turut bertanggungjawab ke atas Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) serta Jabatan Landskap Negara sejak pertengahan Okt lepas.

Beliau berkata sedikit demi sedikit pihaknya akan membawa perubahan supaya orang ramai lebih faham dengan peranannya yang tidak terhad kepada Wilayah Persekutuan sahaja, namun turut merangkumi perancangan bandar dan desa serta landskap di seluruh negara.

“DBKL mempunyai perancang bandar sendiri tetapi mahu semua terlibat supaya kita dapat ‘the best brain’ bagi memikir dan merancanga pembangunan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Ini bermakna kita masukkan Pelan Malaysia di bawah Kementerian Wilayah supaya kita mendapat manfaat daripada idea, kemahiran dan kepakaran yang terdapat pada Pelan Malaysia dan lanskap negara supaya Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan juga boleh kita bangunkan dengan cara yang lebih baik dan lebih tersusun,” kata Khalid.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018 di Alor Setar, siang tadi..

Usaha merealisasikan konsep Bandar Untuk Semua menekankan aspek semua penduduk hidup dalam persekitaran yang selamat dan sejahtera..

Ini merupakan cabaran baharu kepada KWP bagi memastikan ia dapat dilaksanakan di seluruh negara menerusi PLANMalaysia.

You may also like